Sukar sekali menjadi pengembara, baru mengenal dan jatuh cinta harus berpergian lagi
-Faisal Tehrani -
tapi mungkin ada juga baiknya menjadi pengembara. mendidik kita bahawa segala yang disayangi, dikasihi, tak selamanya akan bersama. menyelamatkan kita dari terlalu menyayangi sesuatu, mengharapkan pada sesuatu yang tak pasti. tak menentu. tak kekal. fanaa'.
kecuali Cinta-Nya...
macam mana agaknya jadi pengembara ye. mesti banyak pengalaman dapat diraih. membuka mata, memupuk kesabaran, menguji ketahanan diri, menyingkap tabir minda, membina peribadi...
tidak mengapa walau bersendirian. pengalaman telah mengajarku bahawa kuantiti tidak semestinya membahagiakan. seramai mana pun orang di sekeliling, adakalanya hati ini tetap diulit pilu. masih jua diselimuti kesepian. tidak lepas dari keraguan, kesedihan, kekecewaan...
ALLAH wa RasuuluHu ma'anaa kan? :)
