“Hati-hati dalam melangkah.
Hati-hati mengemukakan da’wah.
Anak muda yang berda’wah dan ingin membuat kebaikan
juga selalu ghairah,
dan kadangkala silap perkiraan.
Untuk berbuat baik juga perlu ada perhitungan.
Semangat mesti ditimbangkan dengan kebijaksanaan.
Kesimpulannya, berfikirlah sebelum bertindak,
meskipun atas jalan kebajikan dan kebaikan.”
-dipetik dari buku “Advencer Si Peniup Ney” oleh Faisal Tehrani
Buku yang amat unik (membawa kita meneroka alam jin!) dan membina minda. Terima kasih diucapkan kepada Kak ‘Izzah kerana memutikkan minat di hati ini untuk membaca buku tersebut.
…
Sewaktu solat berjema’ah kelmarin, hati ni amat tertarik dengan du’a yang dibacakan oleh adik Nur Adilah Watib:
اللهم جمل نساء المسلمين بالعزة والحياء
Ya Allah, cantikkanlah para Muslimat dengan kemuliaan dan sifat malu.
Kebetulan baru kelmarin saya membaca artikel mengenai haya’ (malu). Apa itu haya'?
Haya’ itu ialah suatu sifat yang membuat seseorang menjauhkan diri dari melakukan perkara yang buruk walaupun ketika dia bersendirian.
Ketika terdetik di hati untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh Islam,
yang kurang sopan, yang melampaui batas-batas yang telah ditetapkan oleh Islam,
Tetapi kemudian dia merasa tidak berupaya untuk melakukannya,
lalu menjauhi perkara tersebut, maka inilah yang dinamakan haya’ :)
Maka saya ingin menyeru kepada semua terutamanya diri saya sendiri:
Ayuh kita hiasi diri kita dengan sifat yang mulia ini.
Nak jadi cantik di sisi Allah dan Rasul tak? ^-^