Tahun baru bertamu lagi…
Selamat Menyambut Tahun Baru semua! ^-^
New year is here… but is Khadijah Mohamed Hussain getting any better, wiser, and stronger???
Aarghh. Sendiri Tanya, sendiri yang stress… ya rabb! Kadangkala terasa diri ini semakin lemah…
terasa iman semakin menurun... astaghfirullah. Terasa seperti ingin jadi kuat seperti dulu….
tapi bukankah seorang Muslim itu sepatutnya menjadi lebih baik dari semalam dan bukan sebaliknya???
That, is for me to sit down, reflect back, scrutinize myself, n THINK! Dah banyak lemak eh sejak kebelakangan ni. Exam nk dekat (Jan), tapi revision tak jalan2… muqarrar (syllabus) dah makin menimbum…dan semakin bertambah… tapi masih relax semacam je ini budak~
Ditambah dengan hal-ehwal persatuan, akhawat, halaqah al-bahth yang kedua, 2 presentasi depan teman2 sekuliyyah nanti, misi peningkatan minda dengan santapan ‘ilmu yang luar dari kampus pengajian formal (mulazamah hadir dars, banyakkan baca buku dari pelbagai bidang dan cuba menamatkan setiap buku, bukan setakat baca beberapa mukasurat je!) dan kesibukan +kepeningan mengurus hati dan rumahtangga (haa! Iyelah tu~).
Yek eleh. Baru sikit macam tu je yang perlu difikir & diuruskan. Takkan kerana ujian kecil macam ni dah menggelabah Khadijah?? mana pergi kekuatanmu? Memanglah belum sampai tahap mengaku kalah, tapi semangat mesti kuat! Ingat: Allah lebih suka seorang Mukmin yang KUAT berbanding yang lemah. Be organized! get a grip of yourself n be more disciplined!! Do one thing at a time… n do NOT stop! I know u’ve loads in ur mind. plan well, give ur best, n leave the rest to Allah.
Tu belum lagi termasuk dari sudut persiapan bagi exam BESAR yang PASTI akan datang, tapi tak tau lagi bila. Misi peningkatan rohani perlu diteruskan walau sehebat mana kita diuji dari sudut yang lain.
HATI mesti kuat! Hubungan dengan Allah bukan hanya perlu dijaga, tetapi dibaja dan disuburkan, biar mengakar dengan kukuh agar tidak goyah bila hembusan ujian menyapa.
Selangkah kita menuju Allah, seribu langkah Allah mendekati kita. Ingat tu Khadijah!
Jangan setakat pandai nak menyusun kata. Jangan sekadar tahu. Perlu “rasa” dan “sedar”.
~Orang yang “rasa” Allah melihat lebih berhati-hati dalam gerak hati, fikiran, perasaan dan tindakannya berbanding dengan orang yang hanya “tahu” Allah melihat.~
*switch from talking-to-self mode to addressing-my-dear-visitors mode*
Indah kan kata-kata di atas tu? (yang pasal beza antara “rasa” dan “tahu”). Kata-kata yang didapati ketika membaca majalah Solusi buat kesekian kalinya. Artikel yang berkongsi tentang
empat tahap jalan menuju Allah:
1. Tahap memahami syari’at, iaitu ilmu –dengan belajar
2. Tahap mengamalkan syariat melalui amalan dan mujahadah
3. Tahap menemui hakikat, iaitu bila hati mula rasa tenang & mula merasakan kemanisan iman
4. Tahap makrifat, iaitu hati kenal dan mencintai Allah.
Kenapa kita pentingkan jalan? Kerana di situlah letaknya nilaian Tuhan. Allah tidak menilai apakah kita sampai atau tidak ke tahap makrifah, tetapi Allah nilai apakah kita sudah menempuh jalan itu, ataupun tidak. Walaupun kiranya kita mati ketika masih terkial-kial di peringkat pertama (sedang belajar memahami syari’at iaitu agama), maka itu sudah dinilai oleh Allah Ta’ala.
Sebuah hadith qudsi yang diriwayatkan dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Aku berada dalam sangkaan hamba-KU. Dan aku bersamanya jika dia mengingati-KU…
Jika dia mendekati-KU sejengkal, Aku mendekatinya sehasta.
Jika dia mengingati-KU sehasta, Aku mendekatinya sedepa.
Dan jika dia mendekati-KU dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari.”
(riwayat Bukhari dan Muslim).
Jom sama-sama kita mulakan tahun baru 1431 Hijrah ini dengan berlari menuju Allah! :)
