26 Syawal 1432H
saat kapal terbang selamat mendarat akhirnya di Lapangan Terbang Changi,
tatkala mataku dibiarkan mengintai ke luar jendela...
ku sedar, bahawa hatiku bukan di sini...
tiada rindu.
di saat itu, Syam terus menerjah minda.
mengimbas kembali kenangan manis saat di Bumi Indah itu.
rindu bukan kepalang.
Kemudian,
bila terpandang akan wajah-wajah yang menanti menjemputku,
melihatkan mereka yang menunggu kepulanganku,
wajah-wajah yang dikasihi,
hati ini bagaikan terpujuk.
Ya,
kepulanganmu ini bukan untuk sesia.
kehadiranmu di sini ada maknanya.
tanggungjawab yang bukan sedikit menanti.
inilah hakikatnya yang harus diterima.
usah dibuai masa-masa lampau yang indah.
masa yang mendatang perlu dicorak.
lakukannya dengan sebaik mungkin Khadijah!
Allah dan Rasul sentiasa bersama...
nota buat hatiku:
bersabarlah,
kelak bila usai segalanya,
semoga dijemput sekali lagi untuk menjejakkan kaki di bumi Syam...
Bumi Barakah tempat ku peroleh mutiara-mutiara ilmu
dari para 'Ulama dan Anisah yang mengingatkan diri ini terhadapNya...
Kasih dan Rindu yang semakin menggunung..
Hanya Dia yang Tahu...
Sabarlah wahai hati...
:')
