Thursday, February 25, 2010
Berjuang terusS! :D
12 Rabi'ul Anwaar 1431H

back from the dars with Anisah Hadiyyah...
such lovely children she has!
the eldest, Islam, aged 4+, is so talkative n bubbly :D
just now, she touched me to the max when she innocently,
yet enthusiastically proclaimed that she's going to memorise more of the Qur'an than all of us
(the 3 of us that attended the dars with her mom). Subhanallah!

btw, she has already memorised ard 120 beit of Alfiyyah Ibn Malik !

Malulah wahai Khadijah jikalau semangat anak sekecil itu lebih kuat dari semangat juangmu!

 
posted by .:Mujahidah Khadijah:. at 2/25/2010 04:33:00 PM | Permalink | 0 comments
Monday, February 22, 2010
Sekuat angin yang berhembus, KUAT lagi semangatku, insyaAllah!
winter almost come to an end...

and the weather is getting very windy these days...
almost didn't want to step out of the house just now. scary! >_<
hope all my laundry would still be at the balcony when i return home after school.
me already using as many pegs as i could. hehe.
(klakar pulak kenangkan "rupe" baju2 yg PENUH dgn sepit tadi.lol.)
....

ada org dengan suara menyindir berkata:
"....lepas maulidur rasul nanti, tgk je semangat nak ikut sunnah melayang entah ke mana..."

aku tak berani nak menjamin yang aku akan mengikuti sunnah Rasul setiap saat, tapi akan ku usahakan, bi'aunillah Ta'ala... demi membuktikan pada org2 yang sinis tersebut bahawa masih ADA hambaNYA yang punyai semangat yang tidak luntur! yang kuat!

ya Rabb! berilah hamba-hambaMU ini kekuatan dan istiqamah dalam mengamalkan sunnah KekasihMu sollallahu 'alaihi wasallam...
 
posted by .:Mujahidah Khadijah:. at 2/22/2010 06:44:00 PM | Permalink | 0 comments
Tuesday, February 09, 2010
bila syaitan berbisik...

a sister once tagged asking abt "hukum wanita keluar rumah berhias".

I hope this short video answers her question :)

...

lantas ku seru kepada setiap Muslimah, termasuk diri ini:

Jagalah 'aurat (bukan setakat menutup kulit) kita sebaik mungkin..

agar diri kita tidak menjadi fitnah...

lalu menjadi antara penyebab kemungkaran di atas muka bumi ini.

na'udzubillahi min dzalik

 
posted by .:Mujahidah Khadijah:. at 2/09/2010 12:53:00 AM | Permalink |
Sunday, February 07, 2010
sejuknye Mak~
23 Safar 1431H

Alhamdulillah, the mid-term exam is finally over. Phew~ with 14 papers (excluding 3 other subjects which were assessed via assignments and a practical session), it almost felt like a never-ending story. Hehe.
Most enjoyable paper would be Saraf. I truly enjoy doing Saraf problems:
it’s kinda similar to Maths, only that in Saraf, we deal with Arabic letters.
Thru the addition and omission of certain letters, new words are formed.
And like Maths, there are formulae that we’ve to remember before tackling the problems :D

Anyway, it’s the peak of winter! Tak payah nak pergi jauh2, kat dalam bilik ni pun, bila bebual, mulut keluar asap! >_<


...
More than a week has passed since my Mom's 62 nd birthday.
as usual, i'll dedicate an entry for my Emak Tersayang~


Assalamu’alaikum mak~
Dah lebih 5 bulan berlalu tanpa menatap wajah mak yang redup… Sungguh org kagum dgn ketabahan mak, saat2 diuji dgn pelbagai ujian, termasuk yg berlaku baru2 ini… Semoga Allah memberi ganjaran yg sewajarnya buat Emak dan Ayah, kalau tak di dunia, di akhirat kelak insyaAllah.


Alhamdulillah, peperiksaan baru je selesai. Jihad jugak nak focus, terutamanya ketika minggu kedua peperiksaan, saat anak mak ni diserang penyakit batuk. Kesian kawan2 yg duduk di sekeliling org, harap2 mereka tak terganggu dengan batuk2 org yg ada kalanya macam tak boleh nak ditahan2. Kalau ditahan, nnt perut sakit, n air mata+ hidung mula nak meleleh. Hehehe. Buruk mak~

Apa khabar semua di sana? Budak2 sihat? Dengar2 Syaakirah yang mula2 takut nak pergi sekolah, skrg dah minat sangat pada sekolah, sampaikan si Huda kecik yg belum boleh masuk sekolah tanya knp dia tak boleh masuk kelas. Huhu. comel sgt mak dgr cerita2 tntg budak2 tu dari Kak Muna. Rindu sgt pada dorang. Suruh kakak2 n adik jaga dorang baik2 mak. Pada usia kritikal sebeginilah anak2 mudah mempelajari dan mencontohi segala yang mereka lihat dan dengar. Tarbiyah yang sebaik mungkin amat penting. Unsur2 negatif dah berleluasa sgt di sana-sini…

Usah kata anak kecil, sedangkan yg dah remaja dan dewasa pun mudah terpedaya dan terpengaruh dgn tarikan dunia yang dahsyat. Dah berapa ramai org lihat contoh2 insan yang dikenali, berubah dgn begitu mendadak. Sayang sekali perubahannya bukan ke arah yg positif. Sungguh semua ini menginsafkan..dan menyedarkan bahawa hidayah itu adalah suatu ni’mat yg sungguh bernilai, lantas perlu disyukuri, agar ianya tak ditarik kembali. Allah yahdiihinn wa yahdiina…

Mungkin itu antara sebab Allah Yang Maha Bijaksana menyuruh kita membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat, di mana di dalamnya ada du’a (ihdinas siraathal mustaqiim..) agar kita terus kekal di landasan yang betul.

Ni’mat haya’ (malu) juga: bila manusia dah tak punya rasa malu, bila buat dosa secara terang-terangan pun mereka tak rasa malu, malahan berbangga pula. Astaghfirullah..pelik…tapi benar.
Org dah cuba tegur dgn cara sebaik mungkin mak, tapi kemampuan org terbatas… menyedarkan akan kelemahan diri ini, dan hakikat bahawa Allah sahaja yang mampu Memberi Hidayah semula kpd mereka. Mereka yang dahulunya bersama2 menuntut sekurang2nya 10 tahun di bangunan yang sama… mendapat ‘ilmu dari rata2 asatizah dan guru2 yg sama…

Kemudian ada pula kedengaran teman-teman lain yang mengeluh dan seolah menyesali nasib mereka tidak berpeluang mendapat pendidikan di madrasah.

Allah itu Maha Adil, lalu dijadikan gedung ilmu itu mampu didatangi dari pintu yang pelbagai. Realiti dengan jelas menunjukkan bahawa pendidikan madrasah semata bukan jaminan menjadi insan yang beramal dgn ilmu yg diraih. Banyak lagi pintu yg boleh dibuka utk menempuh jalan mendekatkan diri kpd Allah. Peluang masih ada. Masih terbuka. Yang penting, kita sudah menempuh jalan itu. Kalau belum, tunggu apa lagi?? :D

skrg ni macam2 kursus dan pengajian ditawarkan di dalam dan luar negeri bagi yang ingin mendalami bidang Ukhrawi. Semoga dapat membuat pilihan yg terbaik, dan semoga apa sahaja laluan yg dipilih, akan diredhaiNYA.

Oklah mak, minta diri dulu. Semoga Emak, Ayah, dan semua yg tersayang sentiasa di bawah naungan Kasih dan LindunganNya. Ameen.

Salam sayang dari anakmu yang dekat di hati selalu,
Khadijah Mohamed Hussain :)
 
posted by .:Mujahidah Khadijah:. at 2/07/2010 07:30:00 PM | Permalink | 0 comments