Dipetik dari kata-kata Ust Syahrin yang diambil dari Bicara Dmasyq:
"Ana ingin evaluate the first half of my Ramadhan with these question;
1) Sudahkah kamu menitiskan air mata kamu, berseorang diri di hadapan Allah pada malam-malam Ramadhan ini?
2) Sudahkah kamu merasakan kapayahan melawan ngantuk pada tengah hari semata-mata hendak membasahi bibir kamu dengan kalamullah?
3) Sudahkah kamu merasakan kekerdilan diri kamu yang menambah di hadapan Allah setiap kala dahi kamu mencecah lantai ketika kamu bersujud?
4) Sudahkah kamu mengambil kasempatan waktu-waktu mustajab untuk memanjatkan seberapa banyak du'a kepada Allah?
5) Adakah kekesalan timbul di hati kamu apabila terlepas nya kamu peluang untuk sekurang-kurangnya melakukan dua raka'at di malam-malam Ramadhan ini?
6) Sudahkah kamu merasakan kemanisan yang teramat sangat sempena Ramadhan ini dalam mengabdikan diri kamu kepada Allah?
Akhir sekali:
7) Adakah kamu merasakan sebak di dada yang bertambah dengan berlalunya Ramadhan hari demi hari kerana ade kemungkinan besar yang kamu tidak akan bertemu Ramadhan tahun hadapan?
Adaikata kamu tidak dapat merasakan kesemua, sebahagian atau sekurang-kurangnya satu daripada perkara ini, malangnya syahrin, kamu belum lagi meRamadhankan diri kamu!!! Kamu masih lagi dalam khayalan!
wa Allahu ta'aala a'lam"
.....
kes Khadijah binte Mohamed Hussain bagaimana pula? >.<"
Ya Allah, ampunilah segala kealpaanku selama ini...
byk khayal je selalu budak Khadijah ni...
padahal setiap detik yang berlalu itu akan dihisab kan...
