Dulu, zaman sekolah, bila menjelangnya Hari Kebangsaan je, kitorang satu kelas semangat.
kerana "musim" ini sahaja lah kitorang dapat nyanyi LIVE. hehe
kelas gue yang paling semangat. sungguh. sampai ustazah kelas kitorang yang comel dengar-dengar kene "sound" dengan asatizah kelas lain. pasal anak-anak murid ustazah terlampau comel dan bertuah kan Zah? hehe. tapi ustazah tak marah kitorang pun, setakat tegur-tegur sayang, yang hanya membakar lagi semangat kitorang untuk mendendangkan lagu-lagu kebangsaan dan lagu madrasah dengan lebih semangat! :D
kitorang nyanyi siap dengan gaya & props! ish. bila ingat-ingat balik, memang kitorang tebiat. tapi itulah kitorang. yg dulu. (sekarang masih tebiat tak? hehe). lagipun kitorang nyanyi kan pisah. banin (the boys) jauuuuh. jadi dorang bukannya nampak "aksi" kitorang kan? :D bila sampai part yang pitch tinggi, kitorang tak nak kalah, nak cuba jugak. suara serak ke, tekak perit ke, tu belakang cerita...
bila ikrar pun, semangat. semuanya kelas kitorang paling semangat. bila ada kuiz inter-class pun, kitorang kalau boleh nak sapu semua. -_-" satu-satu kitorang "paksa" keluar ke depan untuk jawab soalan. bila tepat jawapannya, kitorang jugak yang paling semangat sorak.
biarlah kalau kelas lain macam "malu-malu". kitorang adalah kitorang. bila menengah 3, kelas kitorang terpilih untuk jadi "kelas contoh" nyanyi lagu madrasah yang diberi nafas baru masa assembly. malu lah jugak kan masa tu. tapi bila ramai-ramai, jadi semangat jugak uh! ^-^
pendek kata, kelas kitorang lah yang paling ber"nyawa". rindunye saat2 tu...
tak baik tadi Bedah ketawakan gue pasal "dapat" kupon Arnold's (untuk dijual lah, apa lagi? hehe). kene redha kan? huu..
bila ramai-ramai, ada semacam satu "semangat" yang hampir luar biasa.
macam semalam, bila Kak Shahee, Hida, Zariyah, Ishmah, Wati dan gue gi Bras Basah untuk beli bahan-bahan props untuk masrahiyyah (drama dalam Bahasa Arab yang akan kita persembahkan Sabtu ni khas untuk adik-adik puteri dari madrasah-madrasah setempat) biarpun styrofoam gedabak giller (2 meter lebih!) tu harus kitorang punggah ke dalam bas dan MRT, tapi muka ditebalkan jua... nasib ada teman-teman di sekeliling. hehe. lagi sikit nak "terbang" dgn styrofoam tu bila ditiup angin... kak Shahee bukan main suka lagi bila menyaksikan "babak" tu. huh!
dah. gue minta diri dulu... ;)
