Monday, January 29, 2007
Khas Buat Emak...
10 Muharram 1428H

Kehadapan Emak Tersayang,

Khadijah ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-59 buat Mak. Hanya ALLAH s.w.t. sahaja yang dapat membalas jasa mak membesarkan orang (dan abang2, kakak2 dan adik). atas didikan dan asuhan yang diberikan beserta sentuhan kasih sayang yang tiada akhirnya. juga keprihatinan dan perhatian yang tidak terperi. ALLAHU yubaarik feek ya Ummil mahbuubah.

Maaf dipinta sekiranya selama ni orang banyak menyusahkan dan melukai hati mak, sama ada yang sengaja ataupun tidak. orang kagum sangat dengan kesabaran mak. sungguh. orang pun nak cuba latih diri ini, supaya jadi tabah dan sabar macam mak. juga ingin mencontohi kerajinan mak. rasanya mak lah wanita yang paling rajin yang pernah orang jumpa dalam dunia ni. macam mana mak boleh bangun seawal 4 pagi buat persediaan mencari rezeki, demi anak-anak....

tidak hairanlah mengapa ayah sayang sangat pada mak. seumur hidup orang kan mak, orang tak pernah pun nampak atau dengar ayah memarahi mak. pukul jauh sekali. tapi ayah garang dan strict betul dengan kitorang. (ye, mak pernah jawab bila orang mengadu psl ni pat mak: "yelah, kalau tak nanti anak-anak naik lemak....." :) betul jugak ye. hee~ strict2 ayah pun anak mak yang sorang ni "mcm gini" jugak perangainya (mak jgn bilang org lain eh mak camne perangai org kat rumah. malu.... ;) ). untung ayah dapat isteri macam mak. untung juga mak dapat suami macam ayah. bak pinang dibelah 7 (nombor febret orang tu. hee~). Indahnya pentadbiran ALLAH yang menciptakan manusia berpasang-pasangan. saling melengkapi antara satu sama lain. Mak dan Ayah adalah merupakan antara bukti akan kesahihan kata-kata ini.

Mak, orang pernah tanya mak kan, mak nak orang kahwin umur berapa. (bukan gatal ye, sekadar nak cungkil keinginan hati wanita tersayang ku ini :) ). tak sangka pulak mak akan jawab: "Kahwinlah cepat-cepat. biar ramai zuriat...." boleh sambung lagi tu dengan nasihat agar jangan terburu-buru: ".....orang lelaki ni kalau dia betul-betul suka kita, dia akan tunggu... (sampai kita habis belajar. begitu rasanya maksud kata2 mak itu mengikut interpretasiku)". dan Ayah mengiyakan. jadi agaknya betullah tu. ayah kan lelaki. (hehe)

Semalam, masa kitorang ramai-ramai tonton DVD pernikahan dan persandingan Abang Mohd Nor (2nd bro), mak tiba-tiba buka semula topik kat dapur kelmarin. ish. malulah mak.. tapi mak jawab pulak depan orang ramai tu: "...25 tahun bolehlah..." (umur sesuai untuk orang kahwin, pada pendapat mak). Abang Mohd Nor pulak menyampuk: "25? 25 untuk perempuan macam tua sikit gitu. 22-23 lah...." haha. comel lah abangku ini. dalam diam dia dah ada plan untuk adik dia. sayangnye abang matnor~ Abang Matnor dan Kak Sherin pun satu lagi contoh keindahan pentadbiran ALLAH. sama lawa, baik, kelakar, pandai, berakhlak... ^-^ jaga Kak Sherin baik2 tau. sayang sangat kat dia juga...

macam dah panjang sangat gitu e-warkah ni kan mak. hee~ biasalah anak mak ni. kalau tulis mana nak reti pendek2 ;p rasanya sampai di sini sahaja warkah orang buat masa ni . mata ni dah penat sangat mak. tadi orang buat report MMIC . lepastu ada Nur Ikhwan meeting pasal retreat. kesian tengok 2 I/C dia. kalau tak turun sekali, dorang jugak yang kene rancang dan laksanakan segala-galanya. sedangkan sepatutnya ramai anggota NI tu tau mak. tsk. takpelah, semoga keadaan akan bertambah teratur dan baik semula secepat mungkin...

oh ya! satu lagi yang orang tak dapat lupakan ialah masa orang kat hospital kelmarin. tak sanggup orang lihat mak menitiskan air mata... risaunye mak tengok anak mak ni sakit. terpancar jelas riak kebimbangan di wajah mak waktu orang mengerang kesakitan atas katil pat rumah masa tu. waktu mak pujuk orang makan untuk alas perut sebelum makan ubat yang gedabak2 tu... mak suapkan sekali... sayu sungguh rasa hati ni mak. terharu. tersentuh. terasa sangat yang diri ini dikasihi... walaupun mak ada 9 anak selain orang, tapi kasih sayang yang dicurahkan tak pernah kurang. sungguh jasa baik mak hanya Dia yang mampu membalasnya...

Rabbighfirlii waliwaalidayya warhamhumaa kamaa rabbayaani saghiirah. aameen :)

Yang benar,

anak mak yang ke-9 yang suka kopek bawang,

.:Khadijah binte Mohamed Hussain:.

p.s. smoga ALLAH panjangkan usia mak ayah untuk lihat zauj orang nanti (kalau anak mak yang cerewet ni ada jodoh la kan. hee~). dan insyaAllah lihat anak-anak orang. 7 orang cukup kan? heeeheee... orang jealous tau tengok mak beri tips dan petua2 kat kakak2 time dorang bersalin, cara2 jaga baby semua... ;)

 
posted by .:Mujahidah Khadijah:. at 1/29/2007 03:37:00 PM | Permalink |


3 Comments:


  • At 2/04/2007 4:47 PM, Blogger Haz

    i pray to have a daughter like you.. =p hehe!! you're so sweet... =)

     
  • At 2/05/2007 4:31 PM, Blogger .:Mujahidah Khadijah:.

    and i'm grateful to ALLAH for having met you! :)

    really looking forward to spend time with u (come to think of it: we've never even talk on the phone nor eat together!), n getting to know each other more....

    *huGs*

    p.s. thanks for adding me @Friendster... that, sparked up this ukhuwwah ;)

     
  • At 2/05/2007 4:34 PM, Blogger .:Mujahidah Khadijah:.

    *sparked.

    never free from typos n mistakes. that's me... *senyuman keredhaan*

    hee~