Mata. Jari. Hati.
Jaga diri.
Waktu diteliti.
Iman dikukuhi.
Lebih hampir kepada Ilahi.
Dunia di genggaman, bukan di hati.
Tidak sekali-kali.
Kawal!
Sekali silap, tidak tergelincir lagi.
Biar banyak dugaan & duri.
Lemah sangatkah dirimu ini?
Bila masih ada Dia yang Menemani.
Mengadulah sepenuh hati.
Sesali kekhilafan diri.
Dosa ditangisi.
Tidak mahu diulang lagi.
Takut & Harap.
Bahagia dalam kesedihan.
Hina dalam kehambaan.
Malu dalam permintaan.
Kembali...
Walau kejauhan.
