1. Mazhab Malikiyyah, Syafi'iyyah dan Hanabilah: tidak wajib zakat pada perhiasan emas wanita, tidak kira banyak atau sikit.
Syeikh berkata: namun kalau emas2 dan perhiasan Muslimah tersebut dah terlampau banyak & lebih dari apa yang Muslimaat lain biasanya ada, maka aku akan beri fatwa mengikut mazhab Abu Hanifah yg mengatakan perlu keluarkan zakat pada perhiasan & emas sekiranya terlalu byk!
(Di sambung penulisan ini pada tanggal 1 Muharram 1437H :'))
2. Menurut mazhab Syafi'e, jama' solat yg dibolehkan disebabkan sakit ialah الجَمع الصُّوري, iaitu solat di akhir waktu Zuhur (contoh), dan solat Asar di awal waktunya. (Qaul ke-2 dlm mazhab ini: tidak dibolehkan jama' solat bg yg sakit). Namun syeikh sebut beberapa insiden dharurat yg membuatkan beliau memfatwakan utk jama' (w/pun bukan keadaan خوف/سفر/مرض): seperti waktu imtihan yg berlanjutan dari sebelum waktu Maghrib hingga selepas Isyak (khususan di negeri2 bukan Islam). NAMUN Syeikh mengingatkan bagi negara2 Islam, seharusnya tidak dilaksanakan imtihan pada waktu-waktu sebegitu. (Yg al-faqeerah fhm, ini kira kalau memang dah tidak boleh diusahakan untuk solat pd waktunya.. Jd solat itu tidak terlepas).
* hendaklah tidak ditafsirkan keadaan 'dharurat' secara mudah, hingga situasi tak sulit mana pun, dirasakan susah juga dan ambil jalan mudah dgn jama' solat terus..
Adapun bab 'jama' solat disebabkan hujan' > sekiranya kita berada dlm bangunan yg tertutup, punya kemudahan menaiki kenderaan untuk ke masjid w/pun dalam hujan, dah tiada masyaqqah kan? Lalu mengapa perlu jama'??
3. Zakat fitrah sepatutnya berbeza qadarnya bergantung kepada gaji & kemampuan kewangan seseorang. Orang yang bergaji $2000 sebulan, kadar yang dikeluarkan berbeza dgn yang bergaji $10K sebulan contohnya...
4. Bagi lelaki, aurat adalah antara pusat hingga lutut. Muka mereka contohnya, bukan aurat yg perlu ditutup. Namun ini tidak bermakna wanita dibolehkan memandangnya! Amat berbeza antara hukum menutup aurat dengan hukum melihat/memandang. Ia bukan aurat, namun masih tidak boleh dipandang oleh yang bukan mahram.
Allah Ta'ala 'alam.
