8 Safar 1428H
Lately i came across a number of interesting articles n books. rasa mcm excited gitu nak share kan... so here goes the first one on Kelembutan Hati & Kasih Sayang:
Kelembutan hati bukanlah kelemahan seperti yang disangkakan oleh banyak orang. Da'wah Nabi Muhammad saw dilakukan dgn kelembutan hati sehingga banyak orang yang akhirnya luluh mengikuti beliau.
Namun, jangan menyangka bahawa Nabi Muhammad saw mempunyai peribadi yang lemah.
Jangan bandingkan dgn drama2 televisyen yg menampilkan orang2 yg sangat lemah lembut sehingga ketika dizalimi, dia tidak berdaya kerana kelemahannya, ditambah pula dengan kebodohannya. (this reminds me of "Ana" in Hikmah n "Nadia" in Dia yang baik sangat, tapi malangnya lembik nok mampuih sampaikan ditindas, ditipu dan diperbodohkan. ceh.
like, excuse me: baik, lembut, TAK semetinya bererti kita membenarkan orang mengambil peluang atas diri kita, memijak2 kepala kita. good people never equal to weak people, aite? =) )
Bukankah Rasulullah telah menyebutkan bahawa Allah lebih menyukai Muslim yang kuat drpd Muslim yang lemah? jadi, kelembutan hati tidak ada hubungannya dgn kelemahan diri yg membuat orang begitu mudah menzalimi kita.
...Hati jangan sampai keras seperti baru kerana akan mudah pecah berkeping2. Hati yg keras juga tidak mampu menerima ilmu dan nasihat yang mencerahkan.
Saudaraku, lembutkan hati dgn banyak istighfar, mengucap basmalah ("Bismillah...") saat melakukan sesuatu, dan syukur dgn mengucapkan hamdalah ("Alhamdulillah").
Kelembutan hati juga merupakan benih tumbuhnya kasih sayang. Kalau kita menginginkan kasih sayang dalam keluarga, dalam lingkungan pekerjaan, dalam linkungan sahabat handai kita, berikanlah kasih sayang terlebih dahulu untuk mereka. Kasih sayang akan berbalas dengan kasih sayang. Orang2 yang menunjukkan kasih sayang sentiasa berada dalam rahmat Allah.
Ada langkah awal untuk menumbuhkan kasih sayang iaitu mempraktikkan lima "S" dalam kehidupan sehari2 iaitu: senyum, salam, sapa, sopan dan santun....
-Aa Gym.
ok. shall stop here. meeting a friend later to source for sponsors for an upcoming IMPIAN program. if ALLAH wills, i shall continue with the other articles soon :)
ilalliqa'~
