Wahai Manusia,
Bukankah lebih indah,
lebih tenang,
lebih harmoni,
andai Hati ini sentiasa bersangka baik...
Mulut ini sentiasa bercakap yang baik & positif sahaja tentang yang lain...
Fikiran ini hanya fikirkan tentang kekurangan diri sendiri yang pastinya tidak terbilang...
Lalu mengapa terlalu sering telinga & mata ini mendengar & melihat yang tidak baik diperkatakan tentang yang lain?
Mungkinkah itu juga sebenarnya refleksi hatiku yang belum baik?
Yang masih terpalit banyak noda-noda hitam?
Yang sejujurnya masih terkapai-kapai untuk perbaiki hatinya?
Ya Allah Yang Maha Memahami,
Diri ini ingin sentiasa bersama mereka yang sering bersangka baik;
terhadapMu, terhadap segala takdir yang menimpa,
dan terhadap makhluk-makhlukMu.
Kerana sungguh kataMu, tiada kejadian yang sia-sia!
Mudah-mudahan dengan dekatnya hamba yang hina ini dengan mereka,
tersimbah jua Rahmah & BarakahMu ke atasku...
أحب الصالحين ولست منهم # لعلي أن أنال بهم شفاعة
وأكره من تجارته المعاصي # ولو كنا سواء في البضاعة
- الإمام الشافعي رحمه الله -

