Tuesday, October 28, 2008
Susahnya dapat Dosa, Mudahnya Dapat Pahala
Ada orang berkata untuk melakukan sesuatu yang dijanjikan ganjaran pahala adalah sukar berbanding untuk berbuat dosa….

Padahal adalah sebaliknya. Namun, walaupun susah dan payah untuk dilakukan, yang jelas berdosa itulah yang kita lakukan…

Susahnya Dapat Dosa…
Terkinja-kinja menari dalam kelab malam yang sesak dan berasap lagi memenatkan.

Mudahnya Dapat Pahala…
Bila masuk waktu terus mendirikan solat tanpa memenatkan tenaga.

Susahnya Dapat Dosa…
Pecah rumah sana, pecah rumah sini di tengah malam buta untuk mencuri.

Mudahnya Dapat Pahala…
Cukup hanya menghulurkan sedekah beberapa sen kepada pengemis pun dah besar ganjarannya.

Susanya Dapat Dosa…
Bersuah-payah dan berpanas di tangga rumah jiran kerana hendak mengumpat.

Mudahnya Dapat Pahala…
Cukup sekadar bertasbih di dalam hati pun sudah banyak kebaikan yang diperolehi.

Susahnya Dapat Dosa…
Duduk menunggu dan keluar duit untuk membuat fesyen rambut yang bukan-bukan.

Mudahnya Dapat Pahala..
Memadai dengan memakai tudung maka terselamat dari dosa mendedah aurat.


“Kerja itu ‘ibadah; ‘ibadah itu tak semestinya bekerja.”

-petikan dari komik Ujang, yang didapati di kotak kak Dja @ Eeman. Terima kasih kak Dja Ithnin! :)

Last but not least, to Kak Fatimah (my 7th sister) and Kak Sherin (my 2nd sister-in-law):
I’m so happy after knowing that both of you have put on the hijab. Mubaarak! Here’s a du’a on hijab that Hida shared with me:

اللهم كما هديتنا للحجاب فثبتنا عليه حتى الممات

Ya Allah, seperti mana Engkau telah memberi petunjuk kepada kami untuk memakai hijab, maka tetapkanlah kami di atasnya hingga ke hujung nyawa… amiin! :)
 
posted by .:Mujahidah Khadijah:. at 10/28/2008 06:34:00 PM | Permalink |


1 Comments:


  • At 11/02/2008 11:45 AM, Blogger Remy Mahzam

    some local updates:

    Luqman Hakim married to Siti Aishah Ahmad, 11 October 2008 (Mjd Assyafaah)


    Mohammad Alfian Hj Mohd Ismail (FMSA) - Marlina Hj Mohd Isa (FMSA), 31 Oct 2008


    Asmat Tarmidzi Rahmat - Nurliana Abdul Rahim, 2 November 2008


    Syam Asputra Sarip (Adi's brother) - Nur Hafizah Mohd Dahlan, 8 November 2008


    Kak Nazlin Mustaffa (Saff) - Bro Mohd Farhan Tayib (FMSA), 15 November 2008

    __________

    if ever get married, i hope you can come for my akad.... so...

    come back Singapore =)

    ws