Sunday, March 22, 2015
Ayah!
29 Jumaadal Uula 1436H |
20 March 2015

9:23 pagi @ rumah abang sulung di JB:

Awal pagi Jumaat ini, merupakan antara detik yang tidak mungkin kulupakan...

Saat aku melihat sendiri dgn mataku, saat bola mata almarhum ayah mula melihat ke atas buat sementara waktu, disusuli dgn ghargharah sebentar... Lalu terhentilah denyutan nadinya. 

Kaki dan tangan ayah memang sudah mula menyejuk sejak kebelakangan ini. Namun tubuh dan kepala ayah masih panas dek demam yang melanda sejak beberapa hari lepas. Puas ditekap dengan kain sejuk & diberi paracetamol, namun dalaman ayah masih amat hangat. Pagi ini, suhu badan ayah mencecah 39.6 degrees celsius! Kesiannya ayah...

Adik siap periksa Blood Pressure ayah 2 kali... Menunjukkan angka 0. Aku juga menekapkan telinga ke dada ayah berkali2, kerana sblm ini aku beberapa kali pernah berbuat demikian, utk mendengar degupan jantung ayah yg semakin laju dari hari ke hari... 
Ternyata pada pagi Jumaat ini, tiada degupan yg berbaki.

Segalanya berlaku dgn begitu pantas: 

Tok imam dimaklumkan. Abangku membuat laporan polis (aku baru tahu bahawa ianya perlu ketika berlaku sesuatu kematian). Satu demi satu jiran tetangga dan tetamu hadir utk sama-sama membacakan Yasin bagi almarhum ayah. Ayah kemudian dimandikan. Dikafankan. Dipakaikan attar dan celak. 

Ayah tampak begitu segak dan tampan dgn wajah yang tenang, disaluti kain kafan yang serba putih, dengan alis mata ayah yang tebal dan hitam pekat. Aku menyapukn sedikit attar ke wajah ayah dan mencium ayah buat kali terakhir sambil tersenyum. 
Rehatlah ayah...

Ayah kemudian langsung dibawa ke Masjid Jamek Kampung Kurnia utk disolatkan sejurus selepas Solat Jumaat. Aku dan adik yang solat di masjid, kemudian berjalan kaki dari situ ke kawasan perkuburan Kebun Teh yang berdekatan untuk melihat arwah ayah disemadikan. Cuaca redup, gerhana matahari, diikuti oleh hujan lebat petang Jumaat itu...

Moga ayah tenang & bahagia di Barzakh sana..
Akan kukirimkan amalan2 & pahala2 buatmu ayah, biidznillah.

P.S. Khadijah akan rindu menggenggam dan digenggam erat tangan ayah, suap ayah epal hijau & jambu batu kegemaran ayah, dengar ayah batuk2, temankan ayah di belakang/tepi sampai tertidur2, tekap kepala & tubuh ayah yang panas akibat demam, talqinkan ayah, baca al-Qur'an bersama ayah, dan pastinya saat siwakkan ayah Khamis lepas, dan kali kedua slps ghargharah ayah Jumaat lalu utk membersihkan gigi-gigi ayah yang lengkap tersusun (100% asli :)) buat kali yang terakhir...
Agar saat terakhir ayah di dunya ini mirip saat terakhir Baginda Rasulullah ﷺ 

Akan Khadijah rindu juga saat bersama ayah waktu ayah masih sihat dahulu; solat berjama'ah, betulkan bacaan al-Qur'an ayah (bukan sebab ayah tidak tahu, namun disebabkan pandangan ayah yang agak kurang jelas akibat lanjut usia)... Semerbak harum bau attar khas ayah, dan waktu ayah gigitkan epal hijau untuk direbut oleh org, adik, Syaakirah & Huda (': 

Ayah, dikaulah Guru al-Qur'an daku yang pertama. Yang mengajarku mengenal huruf-huruf al-Qur'an dan seterusnya membaca al-Qur'anul karim sehingga khatam buat pertama kalinya di hadapanmu sewaktu usiaku 6 tahun. 

Moga mengalir terus pahala amal jariahmu tiap kali anakmu ini berkongsi ilmu dengan yang lain...

Berbahagialah Ayah! <3

Salam Rindu,

Anak ayah yang ke-9, yang paling malu dengan ayah...






 
posted by .:Mujahidah Khadijah:. at 3/22/2015 06:48:00 PM | Permalink |


0 Comments: