Saturday, February 25, 2012
Apa jua penderitaan... adalah kecil!
"Diriwayatkan bahawa seorang wanita telah menunggu di sebatang jalan menuju ke Madinah menantikan kepulangan tentera Islam daripada peperangan Uhud.

Beliau diberitahu bahawa suami, abang dan bapanya terbunuh. Namun, satu-satunya pertanyaannya ialah:

"Apa yang berlaku pad Nabi sollallahu 'alaihi wasallam???"

Mereka memberitahunya bahawa Baginda baik dan tidak cedera. Malahan wanita itu masih berkeras mahu melihat Nabi dan memastikan yang Baginda benar-benar selamat.

Setelah melihatnya, wanita itu lantas berkata:

"Apa jua penderitaan, selepas melihat kamu dalam keadaan selamat, adalah kecil."

:')

read this story a few times before, but it never fails to move me...

Allah...~ sungguh tabah wanita ini...
sungguh mendalam kasih dan cintanya pada Nabi...

bagaimana pula ketabahan dan cintamu kepada al-Habib, wahai Khadijah???
 
posted by .:Mujahidah Khadijah:. at 2/25/2012 02:36:00 PM | Permalink |


0 Comments: