Sunday, January 02, 2011
Selamilah lubuk hati...
26 Muharram 1432H

Dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka akan menimpa mereka bala bencana."
Maka, ditanya orang: "Apakah perkara itu wahai Rasulullah?' Baginda menjawab:
"Apabila harta rampasan perang berlegar di tangan orang tertenu,
dan amanah menjadi perkara yang dibolot,
dan zakat dipandang sebagai satu denda (paksaan),
seseorang mentaati isteri tetapi menderhakai ibunya,
seseorang lebih memuliakan kawan tetapi mengasari bapanya,
meninggikan suara-suara di dalam masjid,
orang yang paling hina menjadi ketua,
seseorang lelaki dimuliakan kerana takutkan kejahatannya,
arak diminum,
lelaki memakai sutera,
ramai penyanyi-penyanyi wanita,
banyak alunan alat-alat muzik,
orang Islam terkemudian melaknat orang Islam yang awal,
maka apabila berlaku perkara-perkara itu tunggulah turunnya angin merah yang dahsyat, gempa bumi, perubahan rupa."

HR at-Tirmidzi, yang menghukumkan hadith ini sebagai gharib.

Oleh itu salah satu punca bencana alam menimpa ialah:

dosa manusia kepada Allah. Sudah sewajarnya kita tidak sahaja meneropong ke langit untuk mengesan kedatangan ribut atau taufan, atau menyelam di lautan bagi mengesan pergerakan kerak bumi untuk mengetahui sebab-sebab berlaku bencana
-tetapi selamilah lubuk hati sendiri sejauh mana dosa kita dengan Allah dan manusia.

Bagaimana? Mampukah kita mengesan maksiat lahir atau maksiat batin yang menjadi punca turunnya bala dan seksa?

-dipetik dari buku Mukmin Profesional Celik Mata Hati oleh Pahrol Mohamad Juoi

best nah buku ni!~ ^-^
 
posted by .:Mujahidah Khadijah:. at 1/02/2011 07:37:00 PM | Permalink |


0 Comments: