Friday, January 18, 2008
Khas Buat Emak
10 Muharram 1429H

Assalamu’alaikum wr. wb.

Mak,

Buat kali keduanya, sempena hari lahir emak yg ke- 60 pd bulan ni, Khadijah nak tulis warkah lagi! Mak tau kan anak mak ni suka tulis surat. Kalau dah start tu pulak, mesti ter-panjang tau mak. Tapi takpelah, bukan selalu dpt nyenyeh byk2 dengan mak kan? Lagi skrg dah jauh…

Mak,

pertama sekali, org nak berterima kasih sangat pada Mak dan Ayah sebab akhirnya izinkan org belajar kat Syria. Tak boleh bayangkan kalau org tak sampai sini psl selama 6 bulan org di sini, org belajar banyak nah mak. Sgt sgt. Bab du’a je mcm2 du’a org belajar. Mak dgn ayah untung jugak sbb org dah tau byk du’a utk du’akan mak dgn ayah semua! ^-^ imagine setiap langkah yg org atur utk menuntut ilmu, setiap kali itu juga mak dan ayah serta sesiapa shj yg telah membantu dari pelbagai segi, akan mendapat ganjaran yg selayaknya daripadaNYA, biidznillah.

Mak, org tak sabar nak balik nanti nak masakkan untuk Mak. Org adalah belajar masak beberapa jenis lauk. Mesti mak happy kan? Ayah pun mesti dah tak bising2 lagi suruh kitorang masuk dapur… hee. Cuma satu je kat sini ramai yg suka makan pedas2. jadi selalu jugak dorang masak pedas2. usih. stress jugak kadang2. Anak mak ni manalah tahan pedas… tapi kene belajar tahan pedas jugak. Dah namanya tinggal beramai, mestilah kena pandai sesuaikan diri dan toleransi sesame sendiri kan mak? ;)

Mak, nanti 2 Feb ni, org start mid-year exam insyaAllah. Org akan cuba usaha betul2 dan istiqamah, elakkan tidur (musim sejuk ni –yang kelmarin pernah mencecah –6 degrees!- memang sedap duduk bawak comforter tebal. Konon nak belajar.. tapi nanti terus sedap tidur mak… ish. Cubaan betul). Org takkan minta mak dgn ayah du’akan org psl org tau walau tanpa dipinta pun mak dgn ayah mesti selalu du’akan anak2 kan? :)

Mak, org nak minta diri dulu. ni mata dahmula berair pulak dah… hehe. sayang mak ayah semua. Suruh kak sherin jaga diri dan baby dlm perut baik2. ni lah kali pertama org tak dpt nak tgk anak sedara org bila kak sherin bersalin nanti. Abg mat nor kelmarin tanya org ada nama yg “glamour2” tak. Hah. Org tau dia main2 je. Kalau org, org nk nama yg simple tapi best makna n sebutannya. Mcm Hanzhalah. Tapi tu org dah chop utk anak org tau mak. Nnt org fikirkan nama lain utk anak abg matnor k? Hehe.

kat bawah ni ada beberapa bait lirik dari lagu Belaian Ibu oleh Hijjaz. setiap kali org dengar mesti banjir...



Di saat kita berjauhan

Rasa ingin ku berlari

Mendakapimu penuh girang

Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu

Hanya (kau) satu di dunia

Bertakhta dikau dijiwaku

Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih

Betapa aku mengharap

Hadirnya restumu ibu

Membawaku ke syurga

oklah mak. sampai sini dulu. assalamu'alaikum~

p.s. to adik: if u're reading this: jaga mak ayah baik2 eh. jgn buat mak ayah sedih. n study smart for ur upcoming 'O' levels. adik akak mesti BOLEH punyer! ^-^

 
posted by .:Mujahidah Khadijah:. at 1/18/2008 06:10:00 PM | Permalink |


0 Comments: